Inggeris → Melayu

Selamat datang, anda kini berada di halaman Kata Melayu - Sebuah sistem terjemahan bebas untuk bahasa Melayu. Terjemahan di sini boleh disunting oleh sesiapa sahaja.

Pengenalan kepada sistem

Kata Melayu adalah sistem yang menghimpunkan padanan kata seerti dalam bahasa Melayu bagi setiap perkataan dalam bahasa lain - ringkasnya disebut sebagai terjemahan.

Sistem ini menggunakan konsep terjemahan bebas dimana pengunjung boleh mencadangkan perkataan-perkataan baru, juga menambah atau membantah terjemahan yang sedia ada.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai sistem ini, sila baca mengenainya di sini.

Cari perkataan Inggeris

2373 terjemahan Inggeris → Melayu

Terjemahkan Inggeris kepada Melayu | Contoh terjemahan Inggeris → Melayu


Anda mahu terjemahan untuk perkataan bahasa Melayu?
Sila gunakan menu pilih terjemahan dan pilih Melayu → Inggeris

 

Tujuan sistem ini diwujudkan

Keberadaan sumber rujukan bahasa Melayu dalam bentuk elektronik pada ketika ini amat sedikit. Akibatnya, bahasa Melayu terlalu banyak meminjam perkataan-perkataan dari bahasa asing sehingga bahasa Melayu kedengaran canggung untuk digunakan di arus moden hari ini. Di atas kesedaran ini, maka sistem terjemahan ini kami wujudkan.

Usaha seperti ini diharapkan dapat melengkapkan daftar kata dalam bahasa Melayu untuk kegunaan seharian, seterusnya mengurangkan penggunaan istilah pinjam dan perkataan-perkataan bahasa asing dalam teks, penerbitan, sistem dan siaran berbahasa Melayu.

Kata Melayu menunjukkan prestasi yang baik sejak diperkenalkan. Kami percaya, sistem ini bakal menjadi sumber rujukan utama bahasa Melayu dimasa akan datang. Kesatuan yang jitu dikalangan komuniti dan pengamal-pengamal bahasa Melayu membolehkan bahasa Melayu dimartabatkan sebagai bahasa dunia.

Penyertaan

Setiap pengunjung yang melayari halaman ini boleh turut serta mengemaskini Kata Melayu dengan mencadangkan perkataan-perkataan baru, juga menambah atau membantah terjemahan yang sedia ada. Cadangan-cadangan yang diberikan akan diselia oleh sidang penterjemah Kata Melayu yang terdiri daripada cendekiawan bahasa Melayu yang mahir.

Jika anda layak menjadi sidang penterjemah, sila daftarkan diri sebagai ahli Kata Melayu untuk mendapatkan kebenaran masuk ke ruang kemaskini.

Kami juga memerlukan khidmat penulis, pembangun sistem dan pakar undang-undang bagi menjayakan projek ini. Jika anda berminat untuk turut serta membangunkan Kata Melayu, sila kemukakan permohonan anda kepada pihak pentadbiran. Anda boleh membaca lebih lanjut tentang aktiviti kami dan perkara-perkara yang sedang kami usahakan di sini.

Syarat-syarat & Peraturan

Penggunaan halaman ini dan sistem Kata Melayu adalah tertakluk kepada syarat & peraturan penggunaan. Sila baca Terma dan Syarat Penggunaan sebelum menggunakan halaman ini.

Pengendali halaman ini memegang hak pembangunan, penerbitan dan perlaksanaan sistem Kata Melayu di dalam ruang lingkupnya yang tersendiri. Nama sistem ("Kata Melayu"), domainnya dan sistem yang terdapat di halaman ini adalah hak milik penuh kami dan kami berhak melakukan sebarang pindaan terhadapnya bila difikirkan sesuai.

Manakala terjemahan yang terdapat di dalam sistem Kata Melayu adalah dibuka kepada umum untuk dibaca, dipinda, dikongsi atau digunakan tanpa sekatan sebagai maklumat bebas. Ketepatan terjemahan dan daftar kata di dalam sistem ini tertakluk kepada kebebasan orang ramai terhadapnya. Ia tidak dijamin atau disahkan benar dan tepat oleh badan bertauliah. Tiada dari kandungan terjemahan ini boleh diambil sebagai rujukan sokongan atau nasihat yang rasmi, melainkan sebagai satu sumber rujukan semata-mata.